Tadhiyyah atau ertinya pengorbanan merupakan rukun ke 5 dalam arkanul ba’iah yang telah disusun oleh as-syahid imam hassan al banna. Rukun ini merupakan rukun selepas rukun ke 4 iaitu jihad. Ini menunjukkan bahawa pengorbanan adalah sangat berkait rapat dengan jihad. Berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan, jihad tidak akan dapat berjalan dengan lancar.
Allah menjelaskan, hasil pengorbanan yang dilakukan oleh kaum muslimin di jalanNya akan diberi sebaik-baik balasan iaitu syurga sepertimana dalam kalamnya dalam surah at-taubah, ayat 111;
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Ulama’ mufassirin menjelaskan ayat ini telah diturunkan selepas bai’atul aqabah ke-2(Tafsir ar-razi). Ketika itu para sahabat dari Yathrib telah mengangkat sumpah dan berjanji untuk sanggup berjuang & berkorban diri demi mempertahankan nabi dan agama. Dari situ, ayat ini menunjukkan betapa lembutnya Allah swt terhadapat hamba-hambaNya. Sedangkan diri kita ini adalah milik Allah, namun Allah tetap menawarkan untuk membeli jiwa & harta kita dengan janji syurga sebagai balasan.
Bila berada dalam jema’ah atau organisasi, ia adalah satu jalan perjuangan yang akan menuntut pengorbanan yang berpanjangan. Oleh itu, sangat penting bagi mereka yang melalui jalan ini untuk terus istiqamah.
Bila berada dalam jema’ah atau organisasi, ia adalah satu jalan perjuangan yang akan menuntut pengorbanan yang berpanjangan. Oleh itu, sangat penting bagi mereka yang melalui jalan ini untuk terus istiqamah.
Sayyidatina Khadijah r.a di sisi Rasulullah s.a.w
Dari Sayyidatina Aishah r.a, nama Sayyidatina Khadijah r.a sentiasa menjadi sebutan Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada satu ketika Saiditina Aisyah r.a. menempelak dengan katanya, “Tidakkah ada wanita lain yang engkau sebut-sebut selain dari wanita tua yang sudah tiada lagi! Bukankah Allah telah menggantikannya dengan orang yang lebih baik?” Rasulullah s.a.w. merasa sangat tersinggung dengan kata-kata itu lalu dengan tegas Rasullulah s.a.w. menjelaskan:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikannya, jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Ketika semua orang mengharamkan hartanya kepadaku, dialah antara orang yang mengorbankan segala hartannya untuk perjuanganku. Ketika aku dipersenda, dilanda oleh nestapa, dia meletakkan aku ditempat yang sangat mulia, dia dapat memberikan segala kegembiraan dan kasih sayang kepadaku. Dialah juga yang dapat melahirkan ramai anak-anak untukku. Dan ketika aku pertama kali didatangi Jibrail a.s. aku kebingungan, ketakutan… apakah yang akan berlaku kepada diriku, dia telah dapat mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa… akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”
Mendengar ucapan itu sedarlah Sayyidatina Aisyah bahawa kata-katanya tadi adalah didorong oleh cemburu yang melulu dan mulai saat itu ia turut menyanjung tinggi keagungan Sayyidatina Khadijah r.a.
Menyingkap kisah Rasulullah s.a.w bersama Sayyidatina Khadijah r.a
Selepas kematian datuknya Abdul Mutalib, nabi Muhammad s.a.w telah dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. Dapat dilihat betapa kasih sayang yang dilimpahkan kepada nabi melebihi anak-anaknya sendiri. Selama bersama Abu Talib, nabi Muhammad telah membantu bapa saudaranya bekerja mengembala kambing. Namun pada suatu hari, Abu Talib memanggil nabi untuk berbincang mengenai pekerjaannya. Abu Talib mencadangkan nabi supaya mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan. Pada ketika itu, nabi Muhammad memang sedia terkenal dengan sifat al-amin dalam kalangan penduduk kota Makkah. Dalam pendapat Abu Talib, nabi boleh mencuba nasib untuk bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya raya & berketurunan mulia.
Selepas dari perbincangan tersebut, Khadijah yang sememangnya telah mengenali budi pekerti nabi Muhammad menawarkan pekerjaan tersebut kepada baginda. Maka bermulalah tugas pertama nabi iaitu untuk berdagang barang ke tanah Syam. Pada masa yang sama, Khadijah juga telah mengutuskan pembantunya, Maisarah untuk membantu nabi. Khadijah juga berniat untuk lebih mengenali nabi dengan menghantar pembantunya pergi berdagang bersama dengan baginda.
Tiba di suatu tempat, nabi telah duduk berteduh di bawah sebatang pohon. Berdekatan dengan tempat itu adalah kediaman paderi Kristian. Pada ketika itu seorang paderi telah berjumpa dengan Maisarah dan bertanyakan tentang pemuda yang sedang berteduh di bawah pohon itu. Maisarah berkata, ‘beliau adalah orang Quraisyh yang datang untuk berniaga’. Kata paderi itu, ‘tidak berteduh di bawah pohon ini melainkan seorang nabi‘. Dikisahkan bahawa nabi Musa a.s juga pernah duduk dan berteduh di bawah pohon yang sama. Hal ini membawa kehairanan kepada Maisarah.
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui
(Al-Baqarah: 146)
Pada masa yang lain, Maisarah juga menyedari bahawa sekumpulan awan sentiasa berarak di atas nabi. Dan apabila nabi berdagang, baginda telah membawa pulang keuntungan yang berlipat ganda. Maisarah berasa ta’jub dengan keajaiban nabi dalam melakukan urus niaga sehingga mendapat pulangan sebegitu rupa. Perkara-perkara yang telah disaksikan ini dipendam sahaja sehingga mereka pulang ke Makkah. Apabila diceritakan kepada tuannya Khadijah, makin terbuka hati Khadijah untuk melamar Nabi saw.
Wanita melamar lelaki tidaklah menyalahi hukum dan adat, namun Sayyidatina Khadijah r.a ingin mengetahui samada Nabi s.a.w menerimanya atau tidak. Lalu mereka memilih sahabat Sayyidatina Khadijah, Nafisah binti Mambah untuk bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyatakan hasrat itu. Dengan rasa rendah hati Rasulullah saw menyatakan, ‘Siapakah aku ini jika dibandingkan dengan Khadijah, aku berasal dari anak yatim Quraisyh sedangkan dia adalah hartawan dan bangsawan’. Dengan kebijaksanaan Nafisah akhirnya Nabi Muhammad s.a.w meminta tangguh untuk berunding dengan Abu Talib. Abu Talib begitu terkejut dengan perbicaraan anak saudaranya itu. Akhirnya dia bersuara, ‘Wahai anakku, walaupun engkau tidak mempunyai harta tetapi engkau kaya dengan kemuliaan dan ketinggian budi.”
Akhirnya perkahwinan ini diraikan oleh seluruh penduduk kota Makkah dengan gembiranya.
Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu
Pada masa yang lain, Maisarah juga menyedari bahawa sekumpulan awan sentiasa berarak di atas nabi. Dan apabila nabi berdagang, baginda telah membawa pulang keuntungan yang berlipat ganda. Maisarah berasa ta’jub dengan keajaiban nabi dalam melakukan urus niaga sehingga mendapat pulangan sebegitu rupa. Perkara-perkara yang telah disaksikan ini dipendam sahaja sehingga mereka pulang ke Makkah. Apabila diceritakan kepada tuannya Khadijah, makin terbuka hati Khadijah untuk melamar Nabi saw.
Wanita melamar lelaki tidaklah menyalahi hukum dan adat, namun Sayyidatina Khadijah r.a ingin mengetahui samada Nabi s.a.w menerimanya atau tidak. Lalu mereka memilih sahabat Sayyidatina Khadijah, Nafisah binti Mambah untuk bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyatakan hasrat itu. Dengan rasa rendah hati Rasulullah saw menyatakan, ‘Siapakah aku ini jika dibandingkan dengan Khadijah, aku berasal dari anak yatim Quraisyh sedangkan dia adalah hartawan dan bangsawan’. Dengan kebijaksanaan Nafisah akhirnya Nabi Muhammad s.a.w meminta tangguh untuk berunding dengan Abu Talib. Abu Talib begitu terkejut dengan perbicaraan anak saudaranya itu. Akhirnya dia bersuara, ‘Wahai anakku, walaupun engkau tidak mempunyai harta tetapi engkau kaya dengan kemuliaan dan ketinggian budi.”
Akhirnya perkahwinan ini diraikan oleh seluruh penduduk kota Makkah dengan gembiranya.
Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu
Hidup mereka bahagia dengan dikurniakan 6 cahaya mata; Qasim, Abdullah, Zainab, Ummi Kalthum, Ruqayyah dan Fatimah. Nabi tidak pernah lupa untuk bersedeqah pada fakir miskin dan bekerja di siang hari, manakala pada malamnya baginda akan pergi mengasingkan diri ke gua Hira’. Sebagai seorang isteri Sayyidatina Khadijah sentiasa memberi sokongan kepada nabi, membekalkan baginda dengan makanan yang mencukupi dan menyambut nabi dengan mesra sekembalinya dari ber’uzlah. Pernah nabi s.a.w menceritakan kebimbangannya kepada Khadijah mengenai cahaya dan suara yang didengarinya ketika beruzlah. Dengan tegas Khadijah menjawab, ‘Tidak wahai Muhammad, sesungguhnya iblis dan syaitan tidak akan dapat menembusi hati-hati yang suci seperti hatimu itu’
Hinggalah suatu hari, ketika sedang bertafakur di gua Hira’, nabi Muhammad s.a.w didatangi Jibril a.s yang membawakan wahyu pertama. Ketika iku nabi berasa sangat takut, hingga akhirnya Jibril berkata, ‘Anta Rasulullah wa ana Jibril’. Nabi kemudian pulang dengan keadaan mendebarkan, peluh sejuk membasahi tubuhnya dan dalam ketakutan meminta isterinya Khadijah menyelimutinya, berada di sampingnya dan mententeramkan perasaannya. Setelah sedikit tenang, Nabi menceritakan segalanya kepada Khadijah. Khadijah mendengarnya dengan khusyuk, dan akhirnya dengan segala ketenangan dan keyakinan, beliau menuturkan dengan senyuman yang terukir, ‘Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad demi Tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturrahim, manjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang benar percakapannya.’
Kata-kata ini begitu menenangkan nabi Muhammad s.a.w. Nabi kemudiannya dipertemukan dengan saudara Sayyidatina Khadijah r.a, Waraqah bin Naufal,seorang rahib yang warak dan arif tentang isi-isi kitab Injil dan Taurat. Mendengarkan cerita Nabi s.a.w, Waraqah mengkhabarkan bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah sepertimana yang telah digambarkan di dalam kitab Injil dan Taurat. Maka bermulalah tugas nabi sebagai Rasul pembawa risalah buat umat sekalian alam.
Cabaran da’wah Nabi Muhammad s.a.w & pengorbanan Sayyidatina Khadijah r.a
Apabila nabi mula berda’wah secara terbuka, umat Islam mula ditentang dan ditekan dengan begitu dasyat sekali. Mereka ditindas, ekonomi diboikot, dan hamba-hamba diseksa sehingga ada yang terpaksa melarikan diri bersembunyi di bukit-bukit. Malah kesan dari tekanan ini, umat Islam ketika itu kehabisan sumber makanan hingga mereka terpaksa bergantung pada daun-daun kayu. Sepanjang tempoh inilah Sayyidatina Khadijah r.a telah menghabiskan segalanya hartanya demi membantu umat Islam.
Dengan menggunakan kekerasan, suku-suku Quraisyh telah menghimpunkan keluarga dan pengikut Nabi di satu wadi di tengah-tengah kota Makkah yang dipanggil ‘Sya’ba Hasyim’. Satu perjanjian antara penduduk Makkah dan pemimpin Quraisyh ini telah dilakukan untuk menyekat bantuan kepada umat Islam. Pada masa yang sama, sekatan juga dibuat di sekeliling kota bagi mengelakkan umat Islam dari melarikan diri. Peristiwa pahit ini berlaku sehingga tiga tahun lamanya. Dalam peristiwa ini, tiada sesiapa yang dapat memaksa Sayyidatina Khadijah untuk keluar dari rumahnya kerana kedudukannya dan hartanya, namun Sayyidatina Khadijah tetap bersama dengan Rasulullah s.a.w dan pengikutnya meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup.
Hinggalah suatu hari, surat perjanjian yang digantung di dalam ka’bah itu didapati telah dimakan anai-anai. Maka dengan itu terlerailah sekatan yang menimpa umat Islam. Khadijah r.a kemudian dibawa pulang ke rumahnya. Ketika itu, beliau sudah sakit tenat setelah berada dalam keadaan sebegini selama 3 tahun. Tidak lama selepas itu, Khadijah r.a dengan damai dan sejahtera menghembuskan nafasnya yang terakhir menyahut seruan penciptanya, meninggalkan Rasulullah s.a.w dan puterinya dalam kesedihan yang tiada taranya.
Demikianlah Saidatina Khadijah telah lama meninggalkan kita, tetapi api semangat, kegigihan, pengorbanan tetap kekal membara untuk selama-lamanya. Menjadi inspirasi perjuangan para Mujahidin dan Mujahidat dalam usaha mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.
Demikianlah Saidatina Khadijah telah lama meninggalkan kita, tetapi api semangat, kegigihan, pengorbanan tetap kekal membara untuk selama-lamanya. Menjadi inspirasi perjuangan para Mujahidin dan Mujahidat dalam usaha mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.
0 komentar:
Posting Komentar